Sunday, October 13, 2019

LATIHAN: IMBAGANGAN DUGA

Trial Balance 1, an interactive worksheet by d_teacha
liveworksheets.com

BAB 1: PENGENALAN KEPADA PERAKAUANAN


Sejarah Perakaunan

1.       Catatan tertua – catatan pembayaran upah di Babylonia pada tahun 3500 SM
2.       Catatan awal dibuat atas kepingan tanah liat kemudian menggunakan papyrus (kertas) dan calamus (pen) di Mesir pada tahun 400 SM.
3.       Sistem kewangan bermula pada abad ke-5 dan ke-6 SM menggunakan nilai wang sebagai ukuran.
4.       Sistem catatan bergu dicipta oleh Luca Pacioli (Bapa Perakaunan) digunakan dalam penyimpanan rekod yang lengkap dan sistematik di Itali pada 1200-1500 SM.
5.       Pengenalan kepada perakaunan kos bermula pada abad ke-17 dan ke-18 semasa revolusi perindustrian di England.
6.       Bidang perakaunan diiktiraf profesional pada akhir abad ke 19 dan ke 20.
7.       Piawaian Perakaunan Antarabangsa (International Accounting Standard-IAS)diperkenalkan bagi memastikan akaun-akaun dan penyata kewangan disediakan mengikut piawaian asas serta mengawal profesion perakaunan (Jawatankuasa Piawaian Perakaunan Antarabangsa (International Accounting Standards Committee – IASC -1973)

Badan Perakaunan Di Malaysia

a)       Lembaga Piawaian Perakaunan Malaysia - MASB  ditubuhkan 1977 (Akta Laporan Kewangan 1977)
Kuasa untuk memaju dan menerbitkan piawaian perakaunan dan laporan kewangan di Malaysia.
Fungsi dan kuasa MASB
1.       Menerbit piawaian perakaunan baru
2.       Menyemak dan membaiki piawaian perakaunan sedia ada
3.       Menentukan skop dan penggunaan piawaian perakaunan
4.       Melaksanakan tugas sebagai penasihat awam.


b)      Institut Akauntan Awam Bertauliah Malaysia  - MICPA ditubuhkan 1965 (Akta Syarikat 1965)
1.       Memajukan profesion perakaunan di Malaysia dengan memberi latihan dan peperiksaan.
2.       Untuk menjadi ahli – lulus semua peperiksaan MICPA dan pengalaman bekerja sekurang-kurangnya 3 tahun.
c)       Institut Akauntan Malaysia – MIA ditubuhkan 1969 (Akta Akauntan 1967)
1.       Mengembangkan profesion akauntan dan sebagai pendaftar akauntan di Malaysia.
2.       Ahli-ahli MIA digelar akauntan awam (PA), akauntan berdaftar (RA) dan akauntan berlesen (LA)


Definisi Perakaunan

1.        Proses mengenal pasti, merekod, mentafsir, menganalisis, melaporkan maklumat kewangan dan merancang serta mengawal kegiatan perniagaan.
2.       Bertujuan  mengumpul maklumat berdasarkan etika yang ditetapkan,  menganalisis dan mentafsir maklumat dan  menyediakan laporan kewangan bagi membantu membuat keputusan.                                                                                                                                                                                                                                                                                         
3.       Kesimpulan perakaunan ialah satu proses menyediakan maklumat kuantitatif berasaskan nilai kewangan sebuah entiti ekonomi dengan tujuan untuk menolong penggunanya membuat keputusan yang berkaitan dengan peruntukan sumber ekonomi.

Tujuan Mengurus Akaun
1.       Dalam melaksana atau mengurus perniagaan,apa yang dicari adalah keuntungan. Keuntungan yang diperolehi adalah keuntungan kewangan.
2.       Untuk mengira keuntungan,seorang usahawan harus mempunyai rekod tentang aktiviti perniagaan.
3.       Tanpa rekod atau catatan aktiviti kewangan,usahawan hanya mampu menganggarkan sahaja jumlah keuntungan yang diperolehi.

Konsep Dan Prinsip Asas Perakaunan

1.       Wang sebagai ukuran
  • Semua urus niaga perniagaan direkod dan dilaporkan dalam nilai wang. Cth: Di Malaysia menggunakan RM (Ringgit Malaysia)

2.       Prinsip catatan bergu
ü  Setiap urus niaga harus direkod di sebelah debit dan kredit dengan jumlah dan tarikh yang sama di dalam sekurang-kurangnya dua akaun. (prinsip catatan bergu,setiap urus niaga harus direkodkan sekurang-kurangnya dua kali dalam akaun yang berasingan pada masa dan jumlah yang sama,iaitu satu akaun didebitkan dan satu lagi akaun dikreditkan.)
ü  Jumlah debit harus sama dengan jumlah kredit.
ü  Dengan itu,sistem catatan bergu dapat membolehkan kita menyemak ketepatan merekod.
3.       Entiti berasingan
ü  Dalam perakaunan, pemilik perniagaan dan perniagaan dianggap sebagai entiti berasingan. Dengan itu,hanya urus niaga yang berkaitan dengan perniagaan sahaja direkodkan dalam buku perniagaan. Urus niaga peribadi pemilik tidak boleh direkodkan di dalam buku perniagaan.
4.       Tempoh perakaunan
ü  Pembahagian hayat perniagaan kepada suatu jangka masa yang tetap bagi tujuan laporan perakaunan. Tempoh perakauan mungkin setahun, setengah tahun suku tahun dan sebagainya.
5.       Kos sejarah
ü  Menurut konsep kos sejarah, semua urus niaga harus direkod mengikut harga belian atau kos belian. Amaun tersebut akan direkodkan dalam buku perakaunan tanpa mengambil kira perubahan nilai dalam pasaran. Kos belian merupakan satu nilai yang objektif kerana harga tersebut terbukti dalam dokumen perniagaan.
6.       Berterusan
ü  Perniagaan diandaikan beroperasi secara berterusan untuk suatu jangka masa yang panjang.  
7.       Pemadanan
ü  Mengikut prinsip pemadanan, kos sebenar yang terlibat dibandingkan denganhasil yang diperolehi untuk seseuatu tempoh tertentu.
8.       Ketekalan
ü  Konsep ketekalan menyatakan sesebuah perniagaan harus mengekalkan kaedah perakaunan untuk setiap tempoh perakaunan.
ü  CONTOH : Jika kaedah susut nilai aset tetap secara ansuran tetap digunakan untuk menyusutnilai kenderaan, maka ia akan diamalkan secara berterusan untuk tahun-tahun seterusnya. Konsep ketekalan yang diamalkan membolehkan perbandingan dibuat.
9.       Materialiti
ü  Menurut konsep materialiti, nilai yang dianggap dapat memberi kesan kepada penyata kewangan akan direkodkan.


Aset, Liabiliti, Ekuiti Pemilik, Hasil Dan Belanja

1.       Aset – harta bernilai yang dimiliki oleh sesebuah syarikat yang digunakan untuk menjalankan aktiviti perniagaan.
a)       Aset Semasa
ü  Harta yang mudah berubah bentuk dan nilai dalam satu tempoh perakaunan.
ü  Aset yang bertukar menjadi tunai dalam tempoh yang cepat
ü  Contoh:  tunai, stok akhir, penghutang, hasil belum terima, belanja terdahulu.
b)      Aset Bukan Semasa
ü  Aset untuk menjalankan perniagaan dan bukan untuk tujuan jualan semula.
ü  Aset yang tahan lama dan kekal untuk beberapa tempoh perakaunan.
ü  Contoh:  mesin, kenderaan, premis, perabot, alatan pejabat.

2.       Liabiliti – Tanggungan hutang perniagaan kepada pihak luar yang perlu dijelaskan dengan tunai, barang atau perkhidmatan.
a)       Liabiliti Semasa
ü  Tanggungan hutang yang boleh dijelaskan dalam jangka masa pendek iaitu dalam satu tempoh perakaunan.
ü  Contoh:  pemiutang , overdarf bank, belanja terakru, hasil terdahulu.
b)      Liabiliti Bukan Semasa
ü  Tanggungan hutang yang perlu dibayar balik dalam tempoh masa yang lebih panjang iaitu lebih daripada satu tahun.
ü  Contoh:  pinjaman bank, gadai janji.

3.       Ekuiti Pemilik
ü  Pelaburan pemilik dalam perniagaan.
ü  Tanggungan perniagaan kepada pemilik (Jumlah modal yang dilaburkan dan keuntungan yang diperolehi daripada aktivit perniagaan.
ü  Keuntungan – menambahkan  ekuti pemilik
ü  Kerugian – mengurangkan ekuiti pemilik
ü  Ambilan akan mengurangkan ekuti pemilik
ü  Modal Awal + Untung Bersih / (Rugi Bersih) – Ambilan – Modal Akhir

4.       Hasil Pendapatan yang diterima atau yang akan diterima oleh perniagaan pada suatu tarikh daripada aktiviti jualan barang niaga atau perkhidmatan yang diberikan.
a)       Hasil Kendalian
ü  Pendapatan yang diterima secara langsung daripada aktiviti utama sesuatu perniagaan.
ü  Contoh:  kedai perabot – hasil jualan perabot.
b)      Hasil Bukan Kendalian
ü  Pendapatan yang diterima secara tidak langsung / tiada kaitan daripada aktiviti utama sesuatu perniagaan,
ü  Contoh:  kedai perabot – faedah atas simpanan bank

5.       Belanja  Wang yang dibayar atau akan dibayar oleh sesebuah perniagaan.  Kos perkhidmatan atau barangan yang digunakan untuk mendapatkan hasil.
a)       Belanja Kendalian
ü  Belanja yang terlibat secara langsung dalam operasi urus niaga harian.
ü  Contoh:  gaji pekerja.
b)      Belanja Bukan Kendalian
ü  Belanja yang tidak terlibat secara langsung dalam operasi urus niaga harian.
ü  Contoh:  belanja faedah atas pinjaman bank



Persamaan Perakaunan

1.       Tanpa hasil dan belanja

ASET = LIABILITI + EKUITI PEMILIK

2.       Mengambil kira hasil dan belanja

ASET = LIABILITI + (MODAL + HASIL – BELANJA)

Sistem Catatan Bergu

1.       Setiap urus niaga mesti melibatkan sekurang-kurangnya dua akaun berasingan.
2.       Satu akaun didebitkan dan satu akaun dikreditkan dengan jumlah yang sama.
3.       Ia adalah satu sistem merekod urus niaga yang tepat dan bersistem.

Jenis Akaun
Debit
Kredit
Aset
Bertambah
Berkurang
Liabiliti
Berkurang
Bertambah
Ekuti Pemilik
Berkurang
Bertambah
Hasil
Berkurang
Bertambah
Belanja
Bertambah
Berkurang